Pages

Ads 468x60px

PROGRAM NILAM DAN LAWATAN PPDa

Bagi menyemai sikap membenci dadah, terdapat lawatan dari pihak ibu bapa dan bekas murid SKBBSP2 yang turut sama memberi sokongan terhadap Program Pencegahan Anti dadah. Pihak luar dan warga SKBBSP2 sama-sama memberi sokongan kepada program PPDa.




PROGRAM PENCEGAHAN ANTI DADAH

Murid SK Bandar Baru Seri Petaling 2 sememangnya telah dipupuk dengan sikap untuk membenci dadah, Pelbagai program telah dilakukan oleh jawatankuasa PPDa SKBBSP2 bagi menyemai semangat kerjasama untuk menjayakan dan mengukuhkan lagi PPDa kepada setiap warga SKBBSP2. Ini selaras dengan sasaran untuk mencapai hasrat " Negara Bebas Dadah ".





PANDUAN KEHADIRAN KURSUS 7H UNTUK PENJAWAT AWAM

    
     Panduan untuk semua penjawat awam bagi memenuhi keperluan kursus selama 7 hari setahun. Kenapa penjawat awam perlu mencukupi kursus sekurang-kurangnya 7 hari? Untuk makluman semua guru, kursus ini merupakan satu keperluan dalam menilai untuk kenaikan pangkat. Jadi, bagi memastikan kenaikan pangkat kita tidak tersekat maka setiap penjawat awam perlu memastikan jumlah hari kursus yang dihadiri cukup 7 hari. Semua guru boleh menyemak Sistem Latihan Guru KPM berkenaan jumlah hari berkursus yang telah mereka hadiri.

PANDUAN PANDUAN HARGA PENGGUNA GST


Pelaksanaan GST semakin hampir yang bermula pada 1 April 2015. Untuk tujuan tersebut, pada entri kali ini disertakan Buku Panduan Harga Pengguna bagi Zon Tengah sebagai tatapan semua warga pendidik dan sesiapa sahaja yang mengunjungi blog ini bagi tujuan menjadualkan semula kewangan masing-masing. Selamat membaca dan membuat perancangan kewangan.

Buku Panduan Boleh di muat turun pada link ini:



Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya

Pelantikan Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya telah berjalan dengan lancar pada minggu lepas, Semua ajk yang dilantik diharapkan dapat menjalankan tugas dengan baik seperti mana yang telah diikrarkan pada majlis penyampaian watikah. Pihak sekolah berharap semua warga sekolah SKBBSP2 dapat memberikan kerjasama kepada ajk yang telah dilantik. Selamat Menjalankan Tugas,



BACAAN 5 MINIT ANTI DADAH

Bacaan 5 minit anti dadah dilakukan pada setiap kali perhimpunan diadakan pada hari Isnin. Murid yang dipertanggungjawabkan untuk membaca artikel mengenai keburukan dadah terdiri daripada Pembimbing Rakan Sebaya. Program sebegini akan dapat memupuk kesedaran murid mengenai keburukan dan untuk lebih membenci dadah serta seterusnya mencapai negara bebas dadah.

PELAN RANCANGAN STRATEGIK PANITIA




Perancangan strategik adalah proses untuk meletakkan kedudukan organisasi untuk mencapai prestasi yang selaras dengan tujuan penubuhan organisasi , hasrat jangka panjang dan untuk menetapkan matlamat yang realistik,objektif yang sesuai dengan misi dalamtempoh yang ditetapkan dalam kapasiti organisasi. (McNamara, 2007)

CONTOH FORMAT PELAN STRATEGIK PANITIA


PELAN STRATEGIK PANITIA

6.PANITIA PENDIDIKAN MORAL
8.PANITIA PENDIDIKAN JASMANI
9.PANITIA PENDIDIKAN KESIHATAN

TAKWIM PEPERIKSAAN 2015


 PEPERIKSAAN
TARIKH
Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) (SPMU)
Bertulis
Julai 2015
(Isnin - Khamis)
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Bertulis 
September 2015
(Selasa)
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Ujian Bertulis

Ujian Lisan
Ujian Pelbagai Instrumen

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Lisan

(Isnin - Jumaat)

(Isnin - Jumaat)
Bertulis

(Isnin - Rabu)

(Isnin - Selasa)
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bertulis 
 November 2015

*Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan

Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
PEPERIKSAAN
TALIAN
UPSR
03 - 8884 3382
SPM
03 - 8884 3330
STAM
03 - 8884 3340

*SUMBER LAMAN WEB LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

PENGOPERASIAN SPS

         Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) merupakan aplikasi yang berfokus kepada sistem satu pangkalan data tunggal bagi sekolah, guru dan murid di seluruh negara. Ini bertujuan mengelakkan guru-guru daripada melakukan kemasukan data berulang dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pangkalan data SPS ini digunasama oleh pelbagai sistem yang dibangunkan di KPM pada masa akan datang. SPS merupakan sistem yang kemasukan datanya hanya pada satu aplikasi sahaja dan data boleh dicapai
oleh aplikasi lain jika berkaitan.
          SPS boleh diakses melalui alamat http://sps.moe.gov.my bermula pada 1 Januari
2015. Sistem ini tertumpu kepada tiga (3) modul utama iaitu Pengurusan Sekolah,
Pengurusan Guru dan Pengurusan Murid. DIsertakan garis panduan dan surat siaran untuk rujuan guru-guru yang budiman sekalian.

MUAT TURUN
                          Garis Panduan Pelaksanaan SPS
                          Surat Siaran SPS Bil 21/2014

JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM TAHUN 2015


Jabatan Akauntan Negara telah mengeluarkan Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2015 untuk rujukan semua penjawat awam. Semoga dengan post ini memudahkan semua warga SKBBSP2 dan sesiapa sahaja pengujung mendapat manfaat untuk membuat perancangan kewangan. Dan jangan lupa pelaksanaan GST bermula April 2015.

Kejohanan Balapan & Padang Sukan Tahunan SKBBSP 2

Pada 21 Jun 2014 yang lalu, SKBBSP 2 telah menjayakan sukan tahunan sekolah bertempat di Padang Komuniti Sri Petaling berhadapan dengan sekolah. Temasya yang diadakan setiap tahun ini pertama kali diadakan di padang Pusat Komuniti dan sambutan yang diterima daripada pihak ibu bapa serta komuniti sekeliling di luar jangkaan kerana lain telah dijalankan a ramai ibu bapa yang datang untuk memberi sokongan. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ydp PIBG SKBBSP 2 En Badar.

Acara bermula sekitar pukul 8.00 pagi dimana murid begerak mengikut rumah sukan masing-masing daripada sekolah dan tamat sekitar jam 12. Sukan tahunan pada tahun ini turut dimeriahkan dengan acara sukaneka untuk ibu bapa dan guru. Untuk acara ibu dan guru perempuan ialah Melambung belon secara berkumpulan. Manakala untuk acara bapa dan guru lelaki ialah Tarik Tali yang menyasikan persaingan sengit di mana ianya dimenangi oleh guru lelaki dengan kemenangan 2-0. 

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SKBBSP2 dan PIBG kerana bersama-sama dalam menjayakan sukan pada tahun ini. Diharapkan segala usaha ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.




Pencapaian Ko-kurikukulum SKBBSP 2 bagi tahun 2014

Sepanjang tahun 2014, SKBBSP 2 telah menyertai pelbagai acara kejohanan sukan dan pelbagai bidang lain. Antara pencapaian yang diperoleh Johan Kawad Kaki Zon Bangsar Lelaki dan Perempuan, Tempat Ketiga Hoki Perempuan Zon Bangsar, Naib Johan Bola Jaring Zon Bangsar, Johan Bola Tampar lelaki Zon Bangsar dan Naib Johan Zon Bangsar Bola Tampar Perempuan.

Berikut merupakan antara pencapaian yang telah diperolehi hasil kerja keras murid dan guru bagi menaikkan lagi nama Sk Bandar Baru Seri Petaling 2 dalam bidang sukan.
  • Naib Johan Zon Bangsar bagi permainan bola jaring.
  • Tempat ketiga permainan Hoki Zon Bangsar perempuan.
  • Johan Bola Tampar Zon Bangsar Lelaki. Pasukan ini telah layak untuk mewakili Zon Bangsar ke peringkat negeri sekitar pada bulan September nanti.



Pasukan perempuan pula menjadi Naib Johan iaitu Zon Bangsar. Pasukan perempuan juga layak untuk mewakili Zon Bangsar ke peringkat negeri bersama-sama dengan pasukan lelaki. Diharapkan semua pihak mendoakan kejayaan bagi pasukan bola tampar lelaki dan perempuan bagi peringkat negeri nanti.
Disamping menjadi johan dan naib johan, pasukan lelaki dan perempuan juga mendapat anugerah individu bagi kategori masing-masing iaitu "Best Spiker" yang menjadi milik Muhd Daniel Akmal dan "Best Server" bagi Ridiani Roben".

Semoga pencapaian cemerlang SKBBSP 2 dalam bidang sukan akan dapat diteruskan dan mendapat sokongan semua pihak.

Lawatan Jabatan Pelajaran Terengganu


Lawatan oleh Jabatan Pelajaran Terengganu untuk melihat PPDA sekolah dan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti yang diamalkan di SKBBSP 2.





LAPORAN PROGRAM LESTARI

LAPORAN PROGRAM LESTARI SK BANDAR BARU SERI PETALING 2

 LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN

5. Laporan Projek Guna Semula Serbuk Teh Sebagai Baja Tambahan Pokok

LAPORAN LESTARI AMALAN MEMAKAN KISMIS

LAPORAN LESTARI AMALAN MEMAKAN KISMIS

Pengenalan projek :

Kismis atau bahasa saintifik adalah “Vitis Vinifera” manakala dikenali di dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “Zabib” dan di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai “Grape Seed / Raisin”. Kismis adalah buah anggur yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu.

Kismis terdiri daripada 67% ke 72% gula mengikut berat, dan kebanyakannya daripada fruktosa dan glukosa. Kismis juga terdiri daripada 3% protein dan 3.5% serabut diet. Kismis juga sebagaimana buah prun dan aprikot, tinggi dengan antioksidan tertentu. Seperti juga buah-buahan kering yang lain, kismis mempunyai kandungan vitamin C yang rendah.

Penggunaan kismis adalah berbeza di dalam pelbagai tradisi dan budaya yang berlainan. Ia boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam masakan atau pembuatan kek. Kini kismis boleh berperanan sebagai salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru,kita perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan atau majlis keramaian tertentu.

Objektif Projek :

i. Menjadikan kismis iaitu sumber pemakanan sunnah sebagai amalan harian.
ii. Memanfaatkan kebaikan yang terkandung dalam buah kismis.
iii. Memberi pendedahan dan galakan kepada murid-murid tentang pemakanan kismis sebagai altenetif untuk mencerdaskan minda.

Faedah Kismis :

Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.

Kajian terbaru oleh Christine D.Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat turut mendapati meskipun kismis mempunyai kandungan gula yang tinggi, kismis mempunyai antioksidan yang membantu melawan bakteria dalam mulut yang mengakibatkan kaviti dan penyakit gusi.

Antara lain faedah dan kelebihan kismis yang dikenalpasti ialah:

a) Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b) Memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam
dan kabur pandangan
c) Melawaskan pembuangan air besar
d) Melindungi hati
e) Memperbaiki ton dan keanjalan kulit
f) Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
g) Membantu sebagai penerang hati
h) Membantu menguatkan hafalan
i) Membantu menajamkan mata dan minda
j) Membantu memulihkan keletihan saraf
k) Membantu menguatkan daya ingatan
l) Membantu mengurangkan stress
m) Membantu merawat penyakit histeria
n) Membantu merawat penyakit gementar
o) Membantu merawat penyakit anemia
p) Membantu merawat masalah sembelit
q) Membantu merawat masalah pelupa
r) Menambah fahaman serta minat belajar
s) Membantu merawat masalah anak hyperaktif dan sebagainya.

Pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek :

i. Pentadbir Sekolah
ii. Guru-guru
iii. Badan Kebajikan Guru dan Staf
iv. Ibu bapa
v. Murid-murid

Status kemajuan pelaksanaan projek :

Sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini beberapa kemajuan telah dapat dikesan oleh guru-guru antaranya :

i. Murid-murid semakin menggemari snek sihat ini dan menjadikan kismis sebagai salah satu bekalan ringan mereka ketika hadir ke sekolah.

ii. Murid yang mengamalkan pemakanan kismis secara berterusan setiap hari menampakkan kesan positif seperti lebih bersemangat untuk belajar dan memberi lebih tumpuan kepada sesi pembelajaran.

iii. Amalan memakan kismis bukan tertumpu kepada murid Tahun Enam sahaja tetapi turut diikuti oleh murid-murid di tahun lain.

Masalah/Kekangan yang dihadapi :

Kismis terdiri daripada saiz dan warna yang berbeza antaranya hitam,kuning dan perang. Manakala rasanya kadang-kadang terlalu manis dan ada juga yang sedikit masam.Oleh itu faktor ini menjadikan guru-guru menghadapi sedikit kesukaran untuk mendapatkan bekalan kismis yang sesuai dan memenuhi citarasa murid-murid. Namun kini kepelbagaian produk jualan berasaskan kismis seperti roti,biskut dan kuih muih juga sedikit sebanyak telah membantu mereka untuk lebih menggemari kismis.

Tindakan selanjutnya sehingga projek tamat :

1. Galakan terus dari masa ke semasa supaya murid-murid menjadikan amalan makan kismis sebagai rutin harian mereka di sekolah mahupun di rumah. 

2.Guru-guru akan menjadikan kismis sebagai hadiah atau ganjaran kepada murid yang menunjukkan kemajuan dalam pelajaran.

Perancangan seterusnya:

1. Kanak-kanak masa kini tidak lagi gemar dengan makanan yang terlalu pelbagai, sebaliknya mereka lebih gemar makanan yang lebih santai. Oleh kerana itu, kerjasama dan galakan daripada ibu bapa amatlah perlu supaya menjadikan kismis sebagai snek makanan ringan untuk anak-anak mereka yang masih bersekolah.

2. Di sekolah, pihak pengusaha kantin atau Badan Kebajikan Guru akan memastikan jualan kismis adalah secara berterusan bagi menggantikan snek harian murid-murid yang kurang sihat seperti keropok, ais krim, gula-gula, lolipop, kerepek ubi kentang, jeruk dan sebagainya.


 

Bilangan Pelawat

Blogged.my
ping blog