Showing posts with label SUKAN TAHUNAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN TAHUNAN. Show all posts
SUKAN TAHUNAN SKBBSP2 2015
Sukan Tahunan telah diadakan pada 26 April 2015 yang lalu,pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan kepada murid-murid yang memenangi acara yang disertai. Syabas kepada semua guru dan ibu bapa yang turut sama menjayakan dan bertungkus lumus bagi memastikan kejohanan kali ini meriah. Syabas!
Kejohanan Balapan & Padang Sukan Tahunan SKBBSP 2
Pada 21 Jun 2014 yang lalu, SKBBSP 2 telah menjayakan sukan tahunan sekolah bertempat di Padang Komuniti Sri Petaling berhadapan dengan sekolah. Temasya yang diadakan setiap tahun ini pertama kali diadakan di padang Pusat Komuniti dan sambutan yang diterima daripada pihak ibu bapa serta komuniti sekeliling di luar jangkaan kerana lain telah dijalankan a ramai ibu bapa yang datang untuk memberi sokongan. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ydp PIBG SKBBSP 2 En Badar.
Acara bermula sekitar pukul 8.00 pagi dimana murid begerak mengikut rumah sukan masing-masing daripada sekolah dan tamat sekitar jam 12. Sukan tahunan pada tahun ini turut dimeriahkan dengan acara sukaneka untuk ibu bapa dan guru. Untuk acara ibu dan guru perempuan ialah Melambung belon secara berkumpulan. Manakala untuk acara bapa dan guru lelaki ialah Tarik Tali yang menyasikan persaingan sengit di mana ianya dimenangi oleh guru lelaki dengan kemenangan 2-0.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SKBBSP2 dan PIBG kerana bersama-sama dalam menjayakan sukan pada tahun ini. Diharapkan segala usaha ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)