Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar adalah program yang dicetuskan semasa Simposium Pendidikan Alam Sekitar untuk Pengetua-Pengetua Sekolah Peringkat Kebangsaan pada 27-30 Ogos 2001 di Melaka, yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) dengan kerjasama Maktab Perguruan Teknik, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sebagai menyahut seruan tersebut, SK Bandar Baru Seri Petaling 2 akan bekerjasama dengan semua pihak dalam menjadikan sekolah ini sebagai sekolah lestari.
VISI ALAM SEKITAR
SK Bandar Baru Seri Petaling 2 sentiasa bersih dan ceria.
MISI ALAM SEKITAR
Melahirkan individu yang prihatin terhadap pemeliharaan alam sekitar. Mewujudkan hubungan yang baik dikalangan warga sekolah dengan agensi luar untuk menceriakan kawasan sekolah.
OBJEKTIF ALAM SEKITAR
- Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah.
- Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan memelihara alam sekitar.
- meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan agensi-agensi luar dan komuniti setempatdalam menjayakan program sekolah mengenai pendidikan alam sekitar.
- mewujudkan suasana sekolah yang kondusif dan selesa bagi melahirkan warga sekolah yang bersyukur serta mengamalkan gaya hidup sihat.
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA SEKOLAH LESTARI SK BANDAR BARU SERI PETALING 2, KUALA LUMPUR.
0 comments:
Post a Comment