Pages

Ads 468x60px

PROFIL SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH

                  Secara ringkas, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling 2 siap dibina pada awal tahun 2000. Sekolah ini pertama kalinya memulakan sesi persekolahannya bermula pada 17 Januari 2000. Sekolah ini merupakan pecahan dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling 1 yang sedia ada. Namun begitu, dari segi pentadbiran dan kedudukan bangunannya adalah berasingan. Sekolah ini juga merupakan sekolah yang dibina bagi menggantikan Sekolah Kebangsaan Darma yang telah ditutup pada akhir tahun 1999. Justeru itu, segala pentadbirannya merupakan peralihan dari Sekolah Kebangsaan Darma dan ianya terletak di bawah Zon Bangsar.
                 Dari segi kedudukannya pula, sekolah ini dibina bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling dan berkongsi padang. Kos pembinaannya dianggarkan menelan belanja RM 4 juta. Ia merupakan 3 blok bangunan yang setiap satunya setinggi 3 tingkat yang mempunyai ciri-ciri sekolah moden lengkap dengan keperluan bilik, pejabat, klinik, dewan, kantin, makmal sains, makmal komputer, bengkel kemahiran hidup, bilik guru, surau, bilik persalinan, kedai buku, bilik pusat sumber sekolah, pondok pengawal serta “tamec” bagi mengadakan perhimpunan.
                 Sekolah ini mempunyai 16 kelas yang sebilangan besar murid-muridnya adalah pecahan dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling 1.

MISI SEKOLAH

"Sekolah unggul Penjana Generasi Terbilang"

VISI SEKOLAH
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

MATLAMAT SEKOLAH
1. Melahirkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti.
2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.
3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
4. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia.
 
PIAGAM SEKOLAH
Kami warga SK Bandar Baru Seri Petaling 2 berusaha memastikan:
1. Kebajikan murid diutamakan dan dipelihara tanpa mengira bangsa dan agama.
2. Murid-murid cemerlang dalam akademik, cergas fizikal, sempurna sahsiah, kukuh iman, berdaya saing dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam teknologi maklumat.
3. Wujud suasana sekolah yang kondusif dan memberangsangkan untuk pembelajaran.
4. Sistem pengurusan yang cekap dan berkesan.
5. Warga sekolah cekap berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
6. Murid-murid boleh berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.
7. Seluruh warga sekolah cintakan negara, bangsa dan agama.
8. Hubungan baik sentiasa terpelihara di antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat sekitar.


MAKLUMAT SEKOLAH

KOD SEKOLAH
WBA0075
NAMA SEKOLAH
SK BANDAR BARU SERI PETALING 2
ALAMAT SEKOLAH
JALAN RADIN, BANDAR BARU SERI PETALING,
57000 KUALA LUMPUR.
ZON PPW
PPW BANGSAR/PUDU
NO TELEFON/NO FAX
TEL: 03-90591570 FAX:03-90570164
JENIS SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN
GRED SEKOLAH
B
PERINGKAT SEKOLAH
PRASEKOLAH DAN RENDAH
SESI PERSEKOLAHAN
PAGI
ALAMAT EMAIL
la.wba0075@btpnkl.edu.my
LAMAN BLOG SEKOLAH
http://skbandarbaruseripetaling2.blogspot.com
TARIKH TUBUH
17 JANUARI 2000



LENCANA SEKOLAH
ILUSTRASI LENCANA SEKOLAHMOTO SEKOLAH:
“BERWAWASAN BERUSAHA BERJAYA”
1. Lambang Gear Separuh Bulatan
Melambangkan pendidikan dalam melahirkan pelajar-pelajar yang mahir dalam bidang sains dan teknologi untuk menjadi negara industri. Gear separuh bulatan juga mempunyai 9 gigi yang merupakan tunggak wawasan negara ke arah melahirkan insan bagi mendokong negara ke arah negara maju dalam semua bidang.
2. Lambang Buku Yang Terbentang
Memberi perlambangan kepada ilmu pengetahuan yang menjadi teras utama sekolah dalam bidang pendidikan serta menunjangi asas kehidupan dalam melahirkan pelajar atau cendiakawan unggul dan berwibawa. Buku yang terhampar atau terbuka luas juga menjelaskan betapa keterbukaan dan kesediaan semua warga sekolah (pentadbir, guru dan ibu bapa) dalam menimba, mencari dan mencurahkan ilmu pengetahuan yang berguna kepada para pelajar.
3. MutiaraMutiara berwarna putih dan berbentuk bulat
di hujung buku diumpamakan pelajar atau anak didik yang sentiasa akan digilap dengan ilmu pengetahuan bagi menjamin masa depan mereka. Justeru itu, warga pendidik akan bersedia mencorak dan menjaga mutiara tersebut agar ia berguna untuk agama, bangsa dan negara.
4. Lima Tiang Tegak Berjajar Berwarna MerahLima
tiang yang tegak berjajar berwarna merah merupakan tunggak yang mendukung Prinsip Rukun Negara. Warga sekolah akan berusaha melahirkan insan yang berwibawa dan menjadi rakyat yang berguna demi menjadi pelapis pemimpin negara.
5. Lima Rangkaian Bulatan
Merupakan lambang kesukanan yang melahirkan insan yang aktif dan cemerlang dalam bidang sukan dan jasmani khasnya. Lima rangkaian bulatan ini juga merupakan organisasi yang sentiasa bersatu padu dan sentiasa berusaha demi mencapai kejayaan yang cemerlang. Sokongan lima tiang yang tegak berjajar memberi keteguhan dan kekukuhan organisasi tersebut.
6. Bulatan Besar (Disket)
Bulatan besar melambangkan disket yang merangkumi kesemua perkara 1 hingga 5. Disket memberi maksud kecanggihan teknologi pendidikan yang merupakan organisasi pendidikan itu sendiri ingin menuju globalisasi pendidikan melalui teknologi maklumat. Globalisasi pendidikan merupakan wawasan yang ingin dicapai selaras dengan perkembangan sains dan teknologi moden. Justeru itu, ianya akan melahirkan masyarakat yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
7. Rangkuman Warna Biru Tua
Melambangkan keteguhan atau kekukuhan dalam menentukan wawasan bagi membentuk jati diri.
a) Biru MudaMelambangkan keharmonian dan kedamaian. Sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk menimba dan mempelajari ilmu pengetahuan serta berusaha mengejar ilmu dan cita-cita.
b) PutihMelambangkan kesucian dan kemurnian diri dalam usaha melahirkan insan yang berilmu dan berguna.
c) MerahMelambangkan keberanian dan ketegasan dalam mencari ilmu, mengejar cita-cita dan menuju wawasan diri dan negara.
d) KuningMelambangkan keceriaan dan kecekalan semangat dalam mencapai apa yang dicita-citakan serta kejayaan yang akan menanti (menjelma).Secara keseluruhannya, rekabentuk logo dan penggunaan warnanya melambangkan kesepaduan organisasi sekolah dalam mencapai wawasan dan berusaha dengan penuh gigih demi untuk menempah kejayaan, selaras dengan moto sekolah, “BERWAWASAN, BERUSAHA, BERJAYA”.
 

Bilangan Pelawat

Blogged.my
ping blog