Pages

Ads 468x60px

Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

PANDUAN GST


GRED BARU PEPERIKSAAAN/UJIAN TAHUN 2015

Perubahan gred mulai tahun 2015 untuk makluman semua guru dan ibu bapa yang anak bersekolah. Perubahan ini selaras dengan kehendak semasa pendidikan. Perubahan ini merangkumi kesemua peringkat persekolahan iaitu:
  •    Sekolah Rendah (Tahun 4-Tahun 6)
 Julat Markah dan Gred untuk Darjah 6 (KBSR) Julat yang lama masih digunakan
             
MARKAH
GRED
80-100
A
60-79
B
40-59
C
20-39
D
01-19
E
00
TH

Julat Markah dan Gred untuk Darjah 4 dan Darjah 5 (KSSR) yang baru:

MARKAH
GRED
85-100
A
70-84
B
60-69
C
50-59
D
40-49
E
01-39
F
00
TH

MAKLUMAN: Jika semua subjek mendapat E masih dikira LULUS (Menguasai) tetapi jika ada satu subjek mendapat F maka keputusannya GAGAL (Tidak Menguasai)
  •    Sekolah Menengah Rendah ( Tingkatan 1 -Tingkatan 3)

MARKAH
GRED
85-100
A
70-84
B
60-69
C
50-59
D
40-49
E
01-39
F
00
TH
  •    Sekolah Menengan Atas (Tingkatan 4- Tingkatan 5)

MARKAH
GRED
90-100
A+
80-89
A
70-79
A-
65-69
B+
60-64
B
55-59
C+
50-54
C
45-49
D
40-44
E
01-39
F
00-00
TH

MAKLUMAN: Jika semua subjek mendapat E masih dikira LULUS (Menguasai) tetapi jika ada satu subjek mendapat F maka keputusannya GAGAL (Tidak Menguasai)


PANDUAN KEHADIRAN KURSUS 7H UNTUK PENJAWAT AWAM

    
     Panduan untuk semua penjawat awam bagi memenuhi keperluan kursus selama 7 hari setahun. Kenapa penjawat awam perlu mencukupi kursus sekurang-kurangnya 7 hari? Untuk makluman semua guru, kursus ini merupakan satu keperluan dalam menilai untuk kenaikan pangkat. Jadi, bagi memastikan kenaikan pangkat kita tidak tersekat maka setiap penjawat awam perlu memastikan jumlah hari kursus yang dihadiri cukup 7 hari. Semua guru boleh menyemak Sistem Latihan Guru KPM berkenaan jumlah hari berkursus yang telah mereka hadiri.

PENGOPERASIAN SPS

         Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) merupakan aplikasi yang berfokus kepada sistem satu pangkalan data tunggal bagi sekolah, guru dan murid di seluruh negara. Ini bertujuan mengelakkan guru-guru daripada melakukan kemasukan data berulang dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pangkalan data SPS ini digunasama oleh pelbagai sistem yang dibangunkan di KPM pada masa akan datang. SPS merupakan sistem yang kemasukan datanya hanya pada satu aplikasi sahaja dan data boleh dicapai
oleh aplikasi lain jika berkaitan.
          SPS boleh diakses melalui alamat http://sps.moe.gov.my bermula pada 1 Januari
2015. Sistem ini tertumpu kepada tiga (3) modul utama iaitu Pengurusan Sekolah,
Pengurusan Guru dan Pengurusan Murid. DIsertakan garis panduan dan surat siaran untuk rujuan guru-guru yang budiman sekalian.

MUAT TURUN
                          Garis Panduan Pelaksanaan SPS
                          Surat Siaran SPS Bil 21/2014

JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM TAHUN 2015


Jabatan Akauntan Negara telah mengeluarkan Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2015 untuk rujukan semua penjawat awam. Semoga dengan post ini memudahkan semua warga SKBBSP2 dan sesiapa sahaja pengujung mendapat manfaat untuk membuat perancangan kewangan. Dan jangan lupa pelaksanaan GST bermula April 2015.

 

Bilangan Pelawat

Blogged.my
ping blog