Pages

Ads 468x60px

PELAN RANCANGAN STRATEGIK PANITIA




Perancangan strategik adalah proses untuk meletakkan kedudukan organisasi untuk mencapai prestasi yang selaras dengan tujuan penubuhan organisasi , hasrat jangka panjang dan untuk menetapkan matlamat yang realistik,objektif yang sesuai dengan misi dalamtempoh yang ditetapkan dalam kapasiti organisasi. (McNamara, 2007)

CONTOH FORMAT PELAN STRATEGIK PANITIA


PELAN STRATEGIK PANITIA

6.PANITIA PENDIDIKAN MORAL
8.PANITIA PENDIDIKAN JASMANI
9.PANITIA PENDIDIKAN KESIHATAN

TAKWIM PEPERIKSAAN 2015


 PEPERIKSAAN
TARIKH
Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) (SPMU)
Bertulis
Julai 2015
(Isnin - Khamis)
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Bertulis 
September 2015
(Selasa)
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Ujian Bertulis

Ujian Lisan
Ujian Pelbagai Instrumen

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Lisan

(Isnin - Jumaat)

(Isnin - Jumaat)
Bertulis

(Isnin - Rabu)

(Isnin - Selasa)
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bertulis 
 November 2015

*Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan

Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
PEPERIKSAAN
TALIAN
UPSR
03 - 8884 3382
SPM
03 - 8884 3330
STAM
03 - 8884 3340

*SUMBER LAMAN WEB LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

PENGOPERASIAN SPS

         Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) merupakan aplikasi yang berfokus kepada sistem satu pangkalan data tunggal bagi sekolah, guru dan murid di seluruh negara. Ini bertujuan mengelakkan guru-guru daripada melakukan kemasukan data berulang dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pangkalan data SPS ini digunasama oleh pelbagai sistem yang dibangunkan di KPM pada masa akan datang. SPS merupakan sistem yang kemasukan datanya hanya pada satu aplikasi sahaja dan data boleh dicapai
oleh aplikasi lain jika berkaitan.
          SPS boleh diakses melalui alamat http://sps.moe.gov.my bermula pada 1 Januari
2015. Sistem ini tertumpu kepada tiga (3) modul utama iaitu Pengurusan Sekolah,
Pengurusan Guru dan Pengurusan Murid. DIsertakan garis panduan dan surat siaran untuk rujuan guru-guru yang budiman sekalian.

MUAT TURUN
                          Garis Panduan Pelaksanaan SPS
                          Surat Siaran SPS Bil 21/2014

JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM TAHUN 2015


Jabatan Akauntan Negara telah mengeluarkan Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2015 untuk rujukan semua penjawat awam. Semoga dengan post ini memudahkan semua warga SKBBSP2 dan sesiapa sahaja pengujung mendapat manfaat untuk membuat perancangan kewangan. Dan jangan lupa pelaksanaan GST bermula April 2015.

Kejohanan Balapan & Padang Sukan Tahunan SKBBSP 2

Pada 21 Jun 2014 yang lalu, SKBBSP 2 telah menjayakan sukan tahunan sekolah bertempat di Padang Komuniti Sri Petaling berhadapan dengan sekolah. Temasya yang diadakan setiap tahun ini pertama kali diadakan di padang Pusat Komuniti dan sambutan yang diterima daripada pihak ibu bapa serta komuniti sekeliling di luar jangkaan kerana lain telah dijalankan a ramai ibu bapa yang datang untuk memberi sokongan. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ydp PIBG SKBBSP 2 En Badar.

Acara bermula sekitar pukul 8.00 pagi dimana murid begerak mengikut rumah sukan masing-masing daripada sekolah dan tamat sekitar jam 12. Sukan tahunan pada tahun ini turut dimeriahkan dengan acara sukaneka untuk ibu bapa dan guru. Untuk acara ibu dan guru perempuan ialah Melambung belon secara berkumpulan. Manakala untuk acara bapa dan guru lelaki ialah Tarik Tali yang menyasikan persaingan sengit di mana ianya dimenangi oleh guru lelaki dengan kemenangan 2-0. 

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SKBBSP2 dan PIBG kerana bersama-sama dalam menjayakan sukan pada tahun ini. Diharapkan segala usaha ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.




Pencapaian Ko-kurikukulum SKBBSP 2 bagi tahun 2014

Sepanjang tahun 2014, SKBBSP 2 telah menyertai pelbagai acara kejohanan sukan dan pelbagai bidang lain. Antara pencapaian yang diperoleh Johan Kawad Kaki Zon Bangsar Lelaki dan Perempuan, Tempat Ketiga Hoki Perempuan Zon Bangsar, Naib Johan Bola Jaring Zon Bangsar, Johan Bola Tampar lelaki Zon Bangsar dan Naib Johan Zon Bangsar Bola Tampar Perempuan.

Berikut merupakan antara pencapaian yang telah diperolehi hasil kerja keras murid dan guru bagi menaikkan lagi nama Sk Bandar Baru Seri Petaling 2 dalam bidang sukan.
  • Naib Johan Zon Bangsar bagi permainan bola jaring.
  • Tempat ketiga permainan Hoki Zon Bangsar perempuan.
  • Johan Bola Tampar Zon Bangsar Lelaki. Pasukan ini telah layak untuk mewakili Zon Bangsar ke peringkat negeri sekitar pada bulan September nanti.



Pasukan perempuan pula menjadi Naib Johan iaitu Zon Bangsar. Pasukan perempuan juga layak untuk mewakili Zon Bangsar ke peringkat negeri bersama-sama dengan pasukan lelaki. Diharapkan semua pihak mendoakan kejayaan bagi pasukan bola tampar lelaki dan perempuan bagi peringkat negeri nanti.
Disamping menjadi johan dan naib johan, pasukan lelaki dan perempuan juga mendapat anugerah individu bagi kategori masing-masing iaitu "Best Spiker" yang menjadi milik Muhd Daniel Akmal dan "Best Server" bagi Ridiani Roben".

Semoga pencapaian cemerlang SKBBSP 2 dalam bidang sukan akan dapat diteruskan dan mendapat sokongan semua pihak.

Lawatan Jabatan Pelajaran Terengganu


Lawatan oleh Jabatan Pelajaran Terengganu untuk melihat PPDA sekolah dan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti yang diamalkan di SKBBSP 2.





LAPORAN PROGRAM LESTARI

LAPORAN PROGRAM LESTARI SK BANDAR BARU SERI PETALING 2

 LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN

5. Laporan Projek Guna Semula Serbuk Teh Sebagai Baja Tambahan Pokok

LAPORAN LESTARI AMALAN MEMAKAN KISMIS

LAPORAN LESTARI AMALAN MEMAKAN KISMIS

Pengenalan projek :

Kismis atau bahasa saintifik adalah “Vitis Vinifera” manakala dikenali di dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “Zabib” dan di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai “Grape Seed / Raisin”. Kismis adalah buah anggur yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu.

Kismis terdiri daripada 67% ke 72% gula mengikut berat, dan kebanyakannya daripada fruktosa dan glukosa. Kismis juga terdiri daripada 3% protein dan 3.5% serabut diet. Kismis juga sebagaimana buah prun dan aprikot, tinggi dengan antioksidan tertentu. Seperti juga buah-buahan kering yang lain, kismis mempunyai kandungan vitamin C yang rendah.

Penggunaan kismis adalah berbeza di dalam pelbagai tradisi dan budaya yang berlainan. Ia boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam masakan atau pembuatan kek. Kini kismis boleh berperanan sebagai salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru,kita perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan atau majlis keramaian tertentu.

Objektif Projek :

i. Menjadikan kismis iaitu sumber pemakanan sunnah sebagai amalan harian.
ii. Memanfaatkan kebaikan yang terkandung dalam buah kismis.
iii. Memberi pendedahan dan galakan kepada murid-murid tentang pemakanan kismis sebagai altenetif untuk mencerdaskan minda.

Faedah Kismis :

Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.

Kajian terbaru oleh Christine D.Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat turut mendapati meskipun kismis mempunyai kandungan gula yang tinggi, kismis mempunyai antioksidan yang membantu melawan bakteria dalam mulut yang mengakibatkan kaviti dan penyakit gusi.

Antara lain faedah dan kelebihan kismis yang dikenalpasti ialah:

a) Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b) Memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam
dan kabur pandangan
c) Melawaskan pembuangan air besar
d) Melindungi hati
e) Memperbaiki ton dan keanjalan kulit
f) Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
g) Membantu sebagai penerang hati
h) Membantu menguatkan hafalan
i) Membantu menajamkan mata dan minda
j) Membantu memulihkan keletihan saraf
k) Membantu menguatkan daya ingatan
l) Membantu mengurangkan stress
m) Membantu merawat penyakit histeria
n) Membantu merawat penyakit gementar
o) Membantu merawat penyakit anemia
p) Membantu merawat masalah sembelit
q) Membantu merawat masalah pelupa
r) Menambah fahaman serta minat belajar
s) Membantu merawat masalah anak hyperaktif dan sebagainya.

Pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek :

i. Pentadbir Sekolah
ii. Guru-guru
iii. Badan Kebajikan Guru dan Staf
iv. Ibu bapa
v. Murid-murid

Status kemajuan pelaksanaan projek :

Sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini beberapa kemajuan telah dapat dikesan oleh guru-guru antaranya :

i. Murid-murid semakin menggemari snek sihat ini dan menjadikan kismis sebagai salah satu bekalan ringan mereka ketika hadir ke sekolah.

ii. Murid yang mengamalkan pemakanan kismis secara berterusan setiap hari menampakkan kesan positif seperti lebih bersemangat untuk belajar dan memberi lebih tumpuan kepada sesi pembelajaran.

iii. Amalan memakan kismis bukan tertumpu kepada murid Tahun Enam sahaja tetapi turut diikuti oleh murid-murid di tahun lain.

Masalah/Kekangan yang dihadapi :

Kismis terdiri daripada saiz dan warna yang berbeza antaranya hitam,kuning dan perang. Manakala rasanya kadang-kadang terlalu manis dan ada juga yang sedikit masam.Oleh itu faktor ini menjadikan guru-guru menghadapi sedikit kesukaran untuk mendapatkan bekalan kismis yang sesuai dan memenuhi citarasa murid-murid. Namun kini kepelbagaian produk jualan berasaskan kismis seperti roti,biskut dan kuih muih juga sedikit sebanyak telah membantu mereka untuk lebih menggemari kismis.

Tindakan selanjutnya sehingga projek tamat :

1. Galakan terus dari masa ke semasa supaya murid-murid menjadikan amalan makan kismis sebagai rutin harian mereka di sekolah mahupun di rumah. 

2.Guru-guru akan menjadikan kismis sebagai hadiah atau ganjaran kepada murid yang menunjukkan kemajuan dalam pelajaran.

Perancangan seterusnya:

1. Kanak-kanak masa kini tidak lagi gemar dengan makanan yang terlalu pelbagai, sebaliknya mereka lebih gemar makanan yang lebih santai. Oleh kerana itu, kerjasama dan galakan daripada ibu bapa amatlah perlu supaya menjadikan kismis sebagai snek makanan ringan untuk anak-anak mereka yang masih bersekolah.

2. Di sekolah, pihak pengusaha kantin atau Badan Kebajikan Guru akan memastikan jualan kismis adalah secara berterusan bagi menggantikan snek harian murid-murid yang kurang sihat seperti keropok, ais krim, gula-gula, lolipop, kerepek ubi kentang, jeruk dan sebagainya.


PERTANDINGAN PPDA ZON BANGSAR PUDU 2013


Pada hari Sabtu 20 April 2013 berlangsung pertandingan PPDA peringkat zon Bangsar Pudu. SKBBSP 2 telah menghantar 3 pasukan yang terlibat dengan pertandingan melukis poster, mendeklamasikan sajak dan ePPDA. Sekolah kita telah mendapat johan dalam pertandingan ePPDA. Syabas diucapkan kepada semua murid-murid yang terlibat dan yang berjaya. Pasukan ePPDA akan terpilih untuk bertanding di peringkat negeri.

MAJLIS PENUTUP MINGGU PPDA SKBBSP 2 TAHUN 2013


              Minggu PPDA tahun 2013 telah diadakan selama sebulan. Sepanjang bulan tersebut murid terlibat dengan aktiviti yang telah dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Majlis penutup telah diadakan pada 19 April 2013, majlis telah dihadiri oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Program dimulakan dengan cemaah antidadah oleh pegawai AADK dan selepas itu murid dibawa melawat ke pameran dadah. Pihak AADK telah menyediakan bas pameran bergerak bagi tujuan tersebut. Diharap dengan program yang dijalankan dapat menyedarkan murid-murid tentang bahaya dadah dan sasaran Sekolah Bebas Dadah Tahun 2015 tercapai.

LDP KALI KEDUA 2013


Bagi memenuhi tujuh hari berkursus untuk penjawat awam maka Jawatankuasa Kursus Dalaman Sekolah telah mengadakan kursus LDP kali kedua pada 13 Mac 2013 bersamaan hari Sabtu. Tajuk yang dipilih adalah Pengurusan Perkhidmatan yang disampaikan oleh Pegawai Perkhidmatan En Abd Rahman b Rohani dari PPWBP. Selepas itu disambung dengan taklimat SPSK . Semoga kursus yang dijalankan memberi manfaat kepada tugas sebagai pendidik.

HARI KELUARGA SKBBSP 2 30-31 MAC 2013 DI MELAKA

Pada 30 dan 31 Mac 2013 yang lalu dan Badan Kebajikan Guru (BKG) telah menganjurkan Hari Keluarga SKBBSP 2 di Melaka. Program selama dua hari ini bertujuan mengeratkan lagi tali silaturrahim diantara warga SKBBSP 2 dan melepaskan tekanan kerja yang semakin banyak sejak akhir-akhir ini. Program selama dua hari ini berjalan dengan lancar, BKG telah mengatur program dengan baik diantara aktiviti yang dijalankan adalah Lawatan Ke Muzium Kapal Selam, Cowboy Town A Farmosa, Sukan Keluarga di Kolam penginapan dan Safari World A Farmosa. Kepada guru-guru yang ingin mendapatkan gambar sila berjumpa dengan Cikgu Leman.

LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG LESTARI

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG LESTARI
Laporan Aktiviti Gotong Royong
Tarikh: 24 Feb 2012
Masa: 8.00 – 11.00pg
Lokasi/Sasaran: Sekitar kawasan SK Bandar Baru seri Petaling (2).
Kehadiran: Murid-murid dan guru-guru.

Objektif gotong-royong:
1.    Memupuk semangat bekerjasama di antara murid-murid dan guru-guru SK Bandar Baru Seri Petaling 2.
2.    Menceriakan kawasan sekolah dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
3.    Memupuk cintakan alam dan kebersihan dalam diri murid-murid.

Laporan aktiviti:

Pembahagian Zon:
Zon 1: Kawasan Longkang dan sekitarnya.
Zon 2: Padang sekolah
Zon 3: Taman-taman di sekitar sekolah
Zon 4: Bilik-bilik khas dan kelas

Peralatan gotong-royong:
Setiap murid dikehendaki membawa kain buruk sahaja dan peralatan-peralatan lain akan disediakan oleh pihak sekolah jika perlu seperti plastik sampah, bakul sampah, penyapu, pongkes dan lain-lain.

Aktiviti:
Pembahagian zon mengikut kelas bagi memudahkan pengurusan murid-murid. Setiap guru kelas bertanggungjawab mengawal aktiviti murid. Aktiviti gotong-royong dimulakan pada pukul 8.30 pg setelah selesai taklimat yang diberikan oleh guru penyelaras gotong-royong. Gotong royong dimulakan dengan aktiviti membersihkan dan mengutip sampah-sarap yang dijumpai pada zon yang telah ditetapkan.
Aktiviti diteruskan dengan gotong-royong di bilik guru bagi memastikan kecerian tempat rehat guru.

Murid sedang mengutip sampah mengikut zon yang ditetapkan.

Murid tahun 1 turut berperanan menceriakan kawasan sekolah.

Semangat kerjasama menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk Aedes.


Sampah-sarap dikumpulkan


 Gotong-royong tempat rehat bilik guru


Tandas dibersihkan dan dibaiki bagi mengelakkan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

AMALAN LESTARI: PENGGUNAAN KAIN PERCA SEBAGAI ALAS MEJA

PENGGUNAAN KAIN PERCA DIJADIKAN ALAS MEJA

Pengenalan projek :


Kain perca adalah kain-kain kecil sisa dari pemotongan kain pada proses pembuatan sesuatu seperti baju, tirai dan lain-lain. Ramai beranggapan kain perca atau potongan kain sisa ini sudah tidak boleh digunakan atau tak bernilai lagi.Jika sesuai ianya hanya boleh dijadikan kain pengelap.Namun bagi sebahagian orang yang kreatif bahan perca ini boleh menjadi barang yang bernilai tinggi apabila diolah dengan pelbagai kreativiti.

Salah satu pemanfaatan kain perca yang sering dilakukan adalah dengan menjadikannya sebagai alas meja. Proses penghasilannya adalah dengan mencantumkan beberapa kain perca tersebut sehingga menjadi helaian kain yang lebih besar mengikut saiz yang dikehendaki Oleh itu, penggunaan kain perca sebagai bahan utama akan dapat mengurangi sampah yang dibuang dan dengan bermodalkan kerajinan, usaha ini secara tidak langsung boleh menjadi sumber pendapatan.

Objektif :

1. Melestarikan amalan hidup yang sederhana.
2. Memanfaatkan bahan terpakai atau lebihan kain menjadi produk berkualiti.
3. Menarik minat murid melalui seni dan kreatif jahitan.
4. Menceriakan suasana pembelajaran di dalam bilik darjah.

Faedah :

1. Mengelakkan pembaziran tanpa perlu membeli kain alas yang baru.
2. Memupuk sikap menghargai pakaian melalui penggunaan kain perca.
3. Penggunaan kain perca sebagai alas meja lebih menjimatkan dan tahan lama.

Pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek :

i. Pentadbir Sekolah
ii. Guru Kelas
iii. Ibu bapa
iv. Murid-murid

Status Pelaksanaan projek/pencapaian :

Suasana di dalam kelas bertambah ceria dan murid-murid bekerjasama menjaga kelas masing-masing supaya kain alas tersebut tidak rosak atau hilang.

Masalah/kekangan yang dihadapi :

i. Kekurangan tenaga guru yang mahir untuk menjahit kain-kain perca tersebut.
ii. Kekangan waktu.
iii. Sumber kain perca yang kurang mencukupi.

Tindakan selanjutnya sehingga projek tamat :

Projek lestari ini memerlukan komitmen yang baik daripada guru-guru, ibu bapa dan semua murid bagi menyiapkan alas-alas meja dengan kain perca di kelas masing-masing. Oleh itu, sokongan daripada semua pihak termasuk ibu bapa amatlah perlu bagi menjayakannya.

Di samping itu,guru-guru kelas akan terus menasihati murid-murid agar menghargai dan menjaga hasil kerja tersebut.

Perancangan seterusnya :

Usaha pemanfaatan kain perca akan diperluaskan lagi di sekolah terutama di dalam bilik darjah,bilik-bilik khas,di kantin dan lain-lain.Pelbagai produk lain juga boleh dihasilkan menggunakan kain perca seperti membuat kotak pensil, beg,dompet dan sebagainya.Guru-guru juga akan membimbing murid-murid yang berminat untuk menyumbangkan hasil kreativiti mereka melalui aktiviti persatuan dan kelab.


 

Bilangan Pelawat

Blogged.my
ping blog