LAPORAN
PROGRAM GOTONG ROYONG LESTARI
Laporan Aktiviti Gotong Royong
Tarikh: 24 Feb 2012
Masa: 8.00 – 11.00pg
Lokasi/Sasaran: Sekitar kawasan SK Bandar Baru seri Petaling (2).
Kehadiran: Murid-murid dan guru-guru.
Masa: 8.00 – 11.00pg
Lokasi/Sasaran: Sekitar kawasan SK Bandar Baru seri Petaling (2).
Kehadiran: Murid-murid dan guru-guru.
Objektif
gotong-royong:
1.
Memupuk semangat bekerjasama di antara murid-murid dan guru-guru SK
Bandar Baru Seri Petaling 2.
2.
Menceriakan kawasan sekolah dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk
Aedes.
3.
Memupuk cintakan alam dan kebersihan dalam diri murid-murid.
Laporan aktiviti:
Pembahagian Zon:
Zon 1: Kawasan Longkang dan sekitarnya.
Zon 2: Padang sekolah
Zon 3: Taman-taman di sekitar sekolah
Zon 4: Bilik-bilik khas dan kelas
Peralatan gotong-royong:
Setiap murid dikehendaki membawa kain buruk sahaja dan
peralatan-peralatan lain akan disediakan oleh pihak sekolah jika perlu seperti
plastik sampah, bakul sampah, penyapu, pongkes dan lain-lain.
Aktiviti:
Pembahagian zon mengikut kelas bagi memudahkan pengurusan murid-murid.
Setiap guru kelas bertanggungjawab mengawal aktiviti murid. Aktiviti
gotong-royong dimulakan pada pukul 8.30 pg setelah selesai taklimat yang
diberikan oleh guru penyelaras gotong-royong. Gotong royong dimulakan dengan
aktiviti membersihkan dan mengutip sampah-sarap yang dijumpai pada zon yang
telah ditetapkan.
Aktiviti diteruskan dengan gotong-royong di bilik guru bagi memastikan
kecerian tempat rehat guru.
Murid sedang mengutip sampah mengikut zon yang
ditetapkan.
Murid tahun 1 turut berperanan menceriakan kawasan
sekolah.
Semangat kerjasama menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk
Aedes.
Sampah-sarap dikumpulkan
Gotong-royong tempat rehat bilik guru
Tandas dibersihkan dan dibaiki bagi mengelakkan menjadi
tempat pembiakan nyamuk Aedes.