SEJARAH SEKOLAH
Secara ringkas, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling 2 siap
dibina pada awal tahun 2000. Sekolah ini pertama kalinya memulakan sesi
persekolahannya bermula pada 17 Januari 2000. Sekolah ini merupakan
pecahan dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling 1 yang sedia
ada. Namun begitu, dari segi pentadbiran dan kedudukan bangunannya
adalah berasingan. Sekolah ini juga merupakan sekolah yang dibina bagi
menggantikan Sekolah Kebangsaan Darma yang telah ditutup pada akhir
tahun 1999. Justeru itu, segala pentadbirannya merupakan peralihan dari
Sekolah Kebangsaan Darma dan ianya terletak di bawah Zon Bangsar.
Dari
segi kedudukannya pula, sekolah ini dibina bersebelahan dengan Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling dan berkongsi padang. Kos
pembinaannya dianggarkan menelan belanja RM 4 juta. Ia merupakan 3 blok
bangunan yang setiap satunya setinggi 3 tingkat yang mempunyai ciri-ciri
sekolah moden lengkap dengan keperluan bilik, pejabat, klinik, dewan,
kantin, makmal sains, makmal komputer, bengkel kemahiran hidup, bilik
guru, surau, bilik persalinan, kedai buku, bilik pusat sumber sekolah,
pondok pengawal serta “tamec” bagi mengadakan perhimpunan.
Sekolah
ini mempunyai 16 kelas yang sebilangan besar murid-muridnya adalah
pecahan dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling 1.
MISI SEKOLAH
"Sekolah unggul Penjana Generasi Terbilang"
VISI SEKOLAH
MATLAMAT SEKOLAH
1. Melahirkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti.
2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.
3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
4. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia.
PIAGAM SEKOLAH
Kami warga SK Bandar Baru Seri Petaling 2 berusaha memastikan:
1. Kebajikan murid diutamakan dan dipelihara tanpa mengira bangsa dan agama.
2.
Murid-murid cemerlang dalam akademik, cergas fizikal, sempurna sahsiah,
kukuh iman, berdaya saing dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran
dalam teknologi maklumat.
3. Wujud suasana sekolah yang kondusif dan memberangsangkan untuk pembelajaran.
4. Sistem pengurusan yang cekap dan berkesan.
5. Warga sekolah cekap berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
6. Murid-murid boleh berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.
7. Seluruh warga sekolah cintakan negara, bangsa dan agama.
8. Hubungan baik sentiasa terpelihara di antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat sekitar.
MAKLUMAT SEKOLAH
KOD SEKOLAH
|
WBA0075
|
NAMA SEKOLAH
|
SK BANDAR BARU SERI PETALING 2
|
ALAMAT SEKOLAH
|
JALAN RADIN, BANDAR BARU SERI PETALING,
57000 KUALA LUMPUR.
|
ZON PPW
|
PPW BANGSAR/PUDU
|
NO TELEFON/NO FAX
|
TEL: 03-90591570 FAX:03-90570164
|
JENIS SEKOLAH
|
SEKOLAH KEBANGSAAN
|
GRED SEKOLAH
|
B
|
PERINGKAT SEKOLAH
|
PRASEKOLAH DAN RENDAH
|
SESI PERSEKOLAHAN
|
PAGI
|
ALAMAT EMAIL
|
la.wba0075@btpnkl.edu.my
|
LAMAN BLOG SEKOLAH
|
|
TARIKH TUBUH
|
17 JANUARI 2000
|
“BERWAWASAN BERUSAHA BERJAYA”
1. Lambang Gear Separuh Bulatan
Melambangkan
pendidikan dalam melahirkan pelajar-pelajar yang mahir dalam bidang
sains dan teknologi untuk menjadi negara industri. Gear
separuh bulatan juga mempunyai 9 gigi yang merupakan tunggak wawasan
negara ke arah melahirkan insan bagi mendokong negara ke arah negara
maju dalam semua bidang.
2. Lambang Buku Yang Terbentang
Memberi
perlambangan kepada ilmu pengetahuan yang menjadi teras utama sekolah
dalam bidang pendidikan serta menunjangi asas kehidupan dalam melahirkan
pelajar atau cendiakawan unggul dan berwibawa. Buku yang terhampar atau
terbuka luas juga menjelaskan betapa keterbukaan dan kesediaan semua
warga sekolah (pentadbir, guru dan ibu bapa) dalam menimba, mencari dan
mencurahkan ilmu pengetahuan yang berguna kepada para pelajar.
3. MutiaraMutiara berwarna putih dan berbentuk bulat
di
hujung buku diumpamakan pelajar atau anak didik yang sentiasa akan
digilap dengan ilmu pengetahuan bagi menjamin masa depan mereka. Justeru
itu, warga pendidik akan bersedia mencorak dan menjaga mutiara tersebut
agar ia berguna untuk agama, bangsa dan negara.
4. Lima Tiang Tegak Berjajar Berwarna MerahLima
tiang yang tegak berjajar berwarna merah merupakan tunggak yang
mendukung Prinsip Rukun Negara. Warga sekolah akan berusaha melahirkan
insan yang berwibawa dan menjadi rakyat yang berguna demi menjadi
pelapis pemimpin negara.
5. Lima Rangkaian Bulatan
Merupakan
lambang kesukanan yang melahirkan insan yang aktif dan cemerlang dalam
bidang sukan dan jasmani khasnya. Lima rangkaian bulatan ini juga
merupakan organisasi yang sentiasa bersatu padu dan sentiasa berusaha
demi mencapai kejayaan yang cemerlang. Sokongan lima tiang yang tegak
berjajar memberi keteguhan dan kekukuhan organisasi tersebut.
6. Bulatan Besar (Disket)
Bulatan
besar melambangkan disket yang merangkumi kesemua perkara 1 hingga 5.
Disket memberi maksud kecanggihan teknologi pendidikan yang merupakan
organisasi pendidikan itu sendiri ingin menuju globalisasi pendidikan
melalui teknologi maklumat. Globalisasi pendidikan merupakan wawasan
yang ingin dicapai selaras dengan perkembangan sains dan teknologi
moden. Justeru itu, ianya akan melahirkan masyarakat yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Negara.
7. Rangkuman Warna Biru Tua
Melambangkan keteguhan atau kekukuhan dalam menentukan wawasan bagi membentuk jati diri.
a)
Biru MudaMelambangkan keharmonian dan kedamaian. Sekolah merupakan
tempat yang paling sesuai untuk menimba dan mempelajari ilmu pengetahuan
serta berusaha mengejar ilmu dan cita-cita.
b) PutihMelambangkan kesucian dan kemurnian diri dalam usaha melahirkan insan yang berilmu dan berguna.
c) MerahMelambangkan keberanian dan ketegasan dalam mencari ilmu, mengejar cita-cita dan menuju wawasan diri dan negara.
d)
KuningMelambangkan keceriaan dan kecekalan semangat dalam mencapai apa
yang dicita-citakan serta kejayaan yang akan menanti (menjelma).Secara
keseluruhannya, rekabentuk logo dan penggunaan warnanya melambangkan
kesepaduan organisasi sekolah dalam mencapai wawasan dan berusaha dengan
penuh gigih demi untuk menempah kejayaan, selaras dengan moto sekolah,
“BERWAWASAN, BERUSAHA, BERJAYA”.